Sabtu, 15 Februari 2014

Sabtu, Februari 15, 2014
2
Johan As'ari Serius Cari Calon Isteri | Dalam Johan As'ari dikatakan serius mencari calon isteri, keluar pula gosip mengatakan beliau gemar bersandiwara mengenai kisah cintanya. Malah tahun lalu saja, satu demi satu kisah cinta Johan As’ari menjadi bualan.

Johan As'ari Serius Cari Calon Isteri

Malah ia turut mengundang kontroversi, terutama apabila membuat pengakuan jatuh cinta ekspres dan mahu memperisterikan pelakon, Lana Nordin.

Tidak cukup dengan itu, Johan turut dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah. Namun, semua kisah itu sudah berlalu. Bagi empunya diri, semua kisah terbabit kini tinggal sebagai pengalaman hidup.

“Cukuplah semua kisah itu. Saya anggap ia sebagai asam garam hidup dan ketentuan buat saya,” katanya kala diminta mengulas dakwaan kononnya beliau terlalu mudah jatuh cinta.

Saya juga mempunyai ibu, kakak dan adik perempuan. Jadi saya tidak pernah terfikir untuk memainkan golongan ini.


Walaupun begitu masih ada yang tidak mempercayai kata Johan ini. Terpulanglah....itu hak masing2, apa yang penting perkara yang lepas telah berlalu dan sedikit sebanyak pasti ia meninggalkan kesan. Kami percaya Johan akan belajar dari semua ini.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seriuscaricalonisteri/Article/?bh
http://instagram.com/arrifasari



2 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.