Khamis, 13 Februari 2014

Khamis, Februari 13, 2014
Mat Said Jelas Gambar Neelofa Peluk Beliau | Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang terus menjadikan beliau sasaran fitnah termasuk menyiarkan gambarnya berpelukan dengan Neelofa, seorang artis jelita dalam internet.

Mat Said Jelas Gambar Neelofa Peluk Beliau

Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.

"Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat).

"Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja," katanya berseloroh.

Ahmad mengulas paparan 'gambar' beliau bersama Neelofa yang dimuatkan dalam akaun FB yang kononnya milik beliau dan tersebar dalam internet sehingga menjadi bualan ramai.

Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Karnival Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).



Artikel Menarik 
sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140213/dn_36/MB-Terengganu-perjelas-gambar-dengan-Neelofa




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.