Khamis, 13 Februari 2014

Khamis, Februari 13, 2014
Nabila Huda Bosan Komen Iklan di Instagramnya | Bukan sekali dua Nabila Huda memberi peringatan kepada pengikut di laman Instagram supaya tidak sesuka hati meninggalkan komen berbentuk iklan dalam akaun media sosialnya.

Nabila Huda Bosan Komen Iklan di Instagramnya

Atas niat berkongsi detik indah bersama peminat, Nabila Huda tidak kisah memuat naik foto kenangan dan cukup teruja membaca komen peminat.

Bagaimanapun, bagi Nabila, andai ulasan yang diberi tidak ada kaitan dengan gambar, sebaliknya dijadikan ‘saluran’ mempromosikan perkhidmatan atau produk, ia seolah-olah mengganggu privasi dirinya.
“Jangan salah guna dengan meninggalkan komen mengenai barangan jualan pada gambar yang saya muat naik. Itu tidak beradab,” katanya.
Nabila mengulas dakwaan kononnya beliau ‘naik angin’ dalam laman Instagram miliknya, baru-baru ini yang dikatakan berpunca tindakan segelintir pihak mempromosikan perkhidmatan dan produk melalui laman sosial itu.


Pelakon itu tambah bengang apabila ruangan komen sarat dengan butiran perniagaan pihak terbabit.

“Saya tidak ada masalah kalau mereka nak berniaga. Buka akaun dan buat promosi, bukan dengan cara murahan dan ganggu akaun milik orang lain,” katanya.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahambilkesempatan/Article/?bh


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.