Isnin, 10 Februari 2014

Isnin, Februari 10, 2014
Nadia Mustafar Terkilan Gagal Bertemu Bapa Buat Kali Terakhir | Nadia Mustafar terkilan apabila tidak dapat berjumpa dengan bapanya iaitu Allahyarham Sheikh Mustafar Sheikh Ahmad buat kali terakhir yang meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi Ahad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Nadia Mustafar Terkilan Gagal Bertemu Bapa Buat Kali Terakhir

Nadia, 38, yang baharu sahaja melahirkan anak ketiganya pada Jumaat lalu berkata, arwah bapanya sebelum ini ada memberitahu supaya datang membawa bayi itu selepas dia bersalin dan sedih tidak sempat berbuat demikian.


"Sebelum mendapat tahu arwah ayah meninggal dunia, ahli keluarga ada memaklumkan keadaannya yang sudah kritikal dan saya mengagahkan diri bersiap untuk ke Ipoh bertemu dengannya.

"Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya apabila dia pergi terlebih dahulu sebelum sempat saya bertemunya buat kali terakhir," katanya.


Dalam perkembangan sama, Nadia berkata, bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu dan Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 76 tahun.

"Sebelum ini dia jarang sakit teruk tetapi sudah sampai masanya arwah kembali kepada penciptanya dan saya reda," ujarnya. Jenazah dijangka dikebumikan di Kajang sebelum Asar pada Ahad.


Sementara itu, Nadia berkata, dia baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Pantai Cheras di sini selepas melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Mia Qaleessa.
Assalamualaikum.... nama saya MIA QALEESSA... Saya baru di lahirkan semalam (07/02/2014) pada pukul 1.58ptg...umur saya baru 1 hari ...semoga kehidupan saya di iringi dgn doa2 yang baik2 dr semua....amin amin amin... 
Kata Nadia, Mia dilahirkan secara normal pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 petang.


Artikel Menarik 
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/2/9/mstar_hiburan/20140209140314&sec=mstar_hiburan
http://instagram.com/nadiamustafar


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.