Isnin, 10 Februari 2014

Isnin, Februari 10, 2014
Sepahtu Akan "Buang" Rahim Lepas MLM2013 | Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.

Sepahtu Akan "Buang" Rahim Lepas MLM2013

Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.

"Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.

"Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan," katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim. Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut.

"Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka.

"Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini," katanya.

Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka.

Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat.

"Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami.

"Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka," ujarnya.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/2/9/mstar_hiburan/20140208135759&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.