Selasa, 11 Februari 2014

Selasa, Februari 11, 2014
Wanita Fitnah Misha Omar Janda Mohon Maaf | Wanita yang mendakwa Misha Omar seorang janda dan pernah bernikah dengan jutawan, memohon maaf jika status berhubung perkara berkenaan dalam Facebook miliknya melukai hati penyanyi itu.

Wanita Fitnah Misha Omar Janda Mohon Maaf

Wanita yang dikenali sebagai Rahana Mohd Dahari itu berkata, dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah Misha sebaliknya hanya berkongsi status perkahwinan Misha di Facebook miliknya apabila mendapat khabar kononnya penyanyi berkenaan pernah berkahwin berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.


"Saya berasa kesal dan memohon maaf kepada Misha, bakal suami dan keluarganya jika status itu telah mengguris hati dan perasaan mereka.

"Saya sebenarnya bukan menghina status 'janda' itu tetapi sekadar mempersoalkan berita tersebut adakah benar wanita yang dikatakan sudah berkahwin sebelum ini adalah Misha Omar, penyanyi yang kita kenali atau sekadar pelanduk dua serupa?

"Jika sumber yang memberitahu saya itu berbohong, maka bohonglah saya," katanya.


Misha dalam surat terbukanya kepada media pada Isnin menepis tuduhan dia seorang janda termasuk fitnah kononnya dia pernah bernikah dengan seorang jutawan berasal dari Kota Baharu, Kelantan.

Penyanyi itu juga bertegas tidak pernah menjadi isteri ketiga jutawan berkenaan seperti mana dakwaan seorang wanita yang disiarkan dalam Facebook pada Ahad.

Sementara itu, Rahana berkata, Misha telah membuat kesilapan besar apabila merakam paparan skrin (screen shoot) status itu untuk dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya sehingga menyebabkan isu berkenaan menjadi bertambah besar.

"Seperti yang saya katakan tadi, status saya itu sekadar persoalan dan ia hanya dibaca tidak sampai 20 orang pun kerana saya tidak mempunyai ramai pengikut di Facebook.

"Tetapi apabila Misha mengambil status saya itu dan memuat naik ke Instagram miliknya dengan menafikan apa yang saya tulis, ia terus menjadi isu besar kerana Misha mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut. Maka perkara itu terus menjadi isu besar," ujarnya.

Sehubungan itu Rahana meminta isu berkenaan tidak terus diperkatakan selain meminta orang ramai tidak terpengaruh mengenai statusnya itu.

Wanita Fitnah Misha Omar Janda Mohon Maaf

Malah dia juga berulang kali memohon maaf kepada Misha berkaitan isu tersebut.

Rahana pada Ahad lalu memuat naik status mendakwa Misha Omar pernah berkahwin dengan seorang jutawan di Kelantan dan menjadi isteri ketiga.

Dalam status tersebut Rahana turut mendakwa berita berkenaan disampaikan kepadanya oleh keluarga terdekat lelaki yang dikatakan pernah menjadi suaminya itu.

Artikel Menarik 
sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/2/11/mstar_hiburan/20140210183622&sec=mstar_hiburan
Instagram MishaOmar


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.