Sabtu, 15 Februari 2014

Sabtu, Februari 15, 2014
1
Zizan Tak Nafi Akan Nikahi Emma Maembong | Zizan Razak tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya Emma Maembong, dalam masa terdekat ini.

Zizan Sedia Nikahi Emma Maembong Satu Hari Nanti

Namun begitu, dia tetap akan menilai dengan memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

"Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu.

"Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini," katanya kepada media.


Dalam pada itu, Zizan yang baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan Emma menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti. Dia juga reda dan bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang.

"Saya reda sahaja jika itu cara mereka untuk cari rezeki dan saya hanya jawab dengan tenang.

"Saya juga tidak mahu tuduh sesiapa yang buat fitnah itu, namun saya bimbang apa yang saya cakap akan menimbulkan provokasi atau disalah tafsir," katanya.

Artikel Menarik 
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/2/15/mstar_hiburan/20140214145827&sec=mstar_hiburan



1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.