Selasa, 11 Mac 2014

Selasa, Mac 11, 2014
2 Suspek Guna Pasport Curi Menyerupai Wajah Mario Balotelli? | Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mendedahkan dua individu yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 mempunyai rupa paras pemain bola sepak AC Milan, Mario Balotelli.

2 Suspek Guna Pasport Curi Menyerupai Wajah Mario Balotelli?
Wajah sebenar Mario Balotelli...
Menurut Azharuddin, rakaman video dan gambar dua individu terbabit sudah diserahkan kepada pihak penyiasat untuk tindakan susulan.

"Jadi boleh saya katakan di sini bahawa dua individu berkenaan tidak mempunyai rupa paras orang Asia.

"Kamu kenal Balotelli? Jadi dia bukan memiliki rupa orang Asia," katanya.

Namun ketika ditanya pemberita sama ada dua individu berkenaan berasal dari Afrika, Azharuddin tidak memberikan jawapan dan hanya mengatakan pihak penyiasat sedang menjalankan tugas mereka.

Adakah warga Afrika (2 pemegang pasport palsu tersebut) terbabit dlm insiden ini?
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar terakhir hari ketiga kehilangan pesawat Boeing 777 MAS, MH370 di Hotel Sama-Sama di sini malam tadi.

Azharuddin menegaskan bahawa pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) telah mengambil langkah-langkah protokol lengkap bagi aspek keselamatan penerbangan Sabtu lalu ketika semua penumpang menaiki pesawat MH370.

"Pihak penyiasat juga sedang melihat dari sudut di mana dua individu berkenaan mungkin terlibat dengan sindiket pemalsuan pasport," katanya.




sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140311/dn_01/MH370-Dua-individu-guna-pasport-curi-menyerupai-Balotelli


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.