Sabtu, 15 Mac 2014

Sabtu, Mac 15, 2014
[3 Gambar] Nadira, Kekasih Fariq Co-Pilot MH370 Yang Hilang | Berita mengenai kehilangan pesawat MH370 sememangnya telah memberi tamparan hebat kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan kekasih kepada pembantu juruterbang pesawat MH370, iaitu Fariq Abdul Hamid, 27, yang dikenali sebagai Nadira Ramli, 26.

[3 Gambar] Nadira, Kekasih Fariq Co-Pilot MH370 Yang Hilang

Nadira anak bongsu Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis (berasal dari Penampang Sabah) kini dilaporkan berada di sisi ibu Fariq yang tidak tidur hampir 3 hari di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur.

Nadira merupakan juruterbang pesawat AirAsia yang telah diberi cuti selama sebulan bagi menenangkan diri daripada masalah yang sedang dihadapi. Nadira Ramli merupakan anak bongsu dan bapanya merupakan salah seorang Juruterbang kanan MAS.


Nadira dikatakan telah merancang untuk berkahwin dengan co Pilot Fariq Abdul Hamid dalam masa terdekat ini. Tapi malangnya kejadian ini seakan telah membantutkan hasrat mereka untuk berkahwin. Semoga Nadira boleh menjadi seorang wanita yang matang dan cekal dalam menghadapi kehidupan ini. insyaAllah

Fariq pula merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, yang membantu juruterbang Kapten Zaharie bin Ahmad Shah dalam penerbangan yang hilang dalam perjalanan ke Beijing awal Sabtu lalu. Fariq yang memulakan kerjayanya dengan MAS pada tahun 2007 mengenali Nadira selama sembilan tahun dan berkenalan semasa belajar bersama-sama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi, Kedah.


Pelbagai spekulasi mengenai Farid dan wanita warga Australia di laman kokpit kapal terbang yang disensasikan oleh media barat dan itu sedikit sebanyak telah mencalarkan emosi Nadira dan juga keluarga Fariq.

Semoga MH370 ditemui dan semoga kesemua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.

sumber
http://newsrambo.blogspot.com/2014/03/3-gambar-kekasih-fariq-abdul-hamid-co.html



0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.