Isnin, 24 Mac 2014

Isnin, Mac 24, 2014
Anak Tak Kenal Bapa, Zahiril Adzim Sedih | Menyedihkan apabila anak sendiri 'terlupa' serta tidak mengenali bapanya sendiri. Semuanya angkara terlalu lama berada di lokasi penggambaran dengan hampir sebulan meninggalkan rumah.

Anak Tak Kenal Bapa, Zahiril Adzim Sedih

Itulah yang berlaku terhadap Zahiril Adzim dengan anak sulungnya yang diberi nama Nadi Anaqi, yang kini berusia sembilan bulan. Entah bagaimana, Nadi tidak mesra dan tidak mengenali Zahiril akibat ayahnya sibuk berlakon filem berjudul 'Pekak'


"Pernah beberapa bulan lepas saya terlalu sibuk di lokasi penggambaran sehinggakan tidak berjumpa anak saya selama sebulan. Lebih menyedihkan, apabila saya pulang ke rumah anak saya sudah tidak mengenali diri ini.


"Sebab masa tu bila saya balik dari kerja dia dah tidur dan bila saya keluar ke lokasi dia masih tidur.

"Jadi bila tamat penggambaran, saya gunakanlah peluang bersama dia. Tapi malangnya semasa saya dukung dia, dia menangis, dia tak kenal lagi saya. Masa tu saya sentap (terasa hati) sangat.

"Isteri saya perasaan perubahan air muka saya dan dia cuba tenangkan saya. Ketika tu anak saya baru berusia 3 bulan", ujar Zahiril dipetik sebagai berkata.


Namun sekarang, kalau anaknya nampak Zahiril dari jauh dia akan melompat-lompat kerana mula mesra kembali. Ia membuat Zahiril makin seronok dengan kehidupan sebagai bapa. Malah dia kini juga akan fikirkan anak dahulu meskipun terpaksa bekerja keras dalam lakonan.



sumber
http://www.myartis.com/2014/03/akibat-sibuk-berlakon-anak-tak-kenal.html
http://instagram.com/zahiriladzim


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.