Sabtu, 15 Mac 2014

Sabtu, Mac 15, 2014
Dokumen Jabatan Penerbangan Awam Papar Laluan Kemungkinan MH370 Selepas Dirampas | Gambar di bawah merupakan dokumen siasatan Jabatan Penerbangan Awam dalam rampasan MH370.

Dokumen Jabatan Penerbangan Awam Papar Laluan Kemungkinan MH370 Selepas Dirampas

Garisan merah atas dan bawah merupakan laluan yang dipercayai mungkin digunakan pihak yang merampas kapal berkenaan.

Jajaran itu selari dengan koridor yang menjadi tumpuan siasatan masa kini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar beliau tengah hari tadi.

Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga Selatan Laut Hindi.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Hari ini, kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa kapal berkenaan telah dirampas oleh pihak yang belum lagi diketahui siapa.


sumber
http://mynewshub.my/2014/03/15/dokumen-jabatan-penerbangan-awam-perlihatkan-kemungkinan-laluan-mh370-selepas-dirampas/#.UyR0nz-SwwA


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.