Isnin, 10 Mac 2014

Isnin, Mac 10, 2014
Gambar 2 Penumpang Guna Pasport Curi Akan Di Dedah | Pihak berkuasa Malaysia akan mendedahkan gambar dari kamera litar tertutup (CCTV) dua penumpang yang menggunakan pasport curi yang menaiki pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang..

Gambar 2 Penumpang Guna Pasport Curi Akan Di Dedah

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memaklumkan gambar itu telah diedarkan kepada agensi-agensi risikan, dan akan mengedarkannya pada pihak media dalam masa terdekat.

"saya telah edarkan gambar-gambar itu kepada agensi-agensi risikan... dan dalam masa terdekat, anda boleh dapatkannya," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada pihak berkuasa akan mengedarkan gambar dua penumpang tersebut kepada media supaya dapat memperolehi maklum balas dari orang ramai.

Katanya Malaysia telah berkongsi maklumat termasuk senarai penumpang, latar belakang, maklumat biometrik, cap jari dan juga visual dari CCTV dengan beberapa agensi riskan berkenaan dua pasport curi itu serta lima penumpang yang tidak menaiki pesawat itu.

"Maklumat-maklumat ini mestilah sampai kepada agensi yang berkaitan dahulu untuk dikaji dan apabila tiba masanya, dan jika ia tidak menjejaskan penyiasatan, saya akan maklumkan," kata Hishammuddin.

Dalam perkembangan terbaru, polis hari ini sudah mengenal pasti identiti satu daripada dua suspek yang menggunakan pasport palsu itu dan mengesahkan individu tersebut bukan warganegara Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mendedahkan kenegaraan suspek itu dan menurutnya, berdasarkan siasatan tiada rekod menunjukkan kedua-dua suspek itu memasuki negara ini secara sah.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/gambar-cctv-dua-suspek-pasport-curi-akan-diedarkan-tak-lama-lagi-hishammuddin-31617


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.