Ahad, 9 Mac 2014

Ahad, Mac 09, 2014
[Gambar] Beijing Temui Serpihan, Mungkin Milik Pesawat MH370? | Pihak berkuasa China mendakwa mereka telah menemui serpihan pesawat di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara yang mungkin milik pesawat MH370. Bagaimanapun, mereka masih menunggu pengesahan rasmi dari pasukan penyelamat.

[Gambar] Beijing Temui Serpihan Pesawat MH370?

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi.”

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” kata dakwa Li Jiaxiang, Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, dipetik dari Astro Awani.

Serpihan yang ditemui konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang mendarat pagi Ahad, lapor satu lagi laporan.

Ia dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, lapor Astro Awani.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.



sumber
http://www.astroawani.com/news/show/china-dakwa-jumpa-serpihan-pesawat-mungkin-milik-mh370-31538
https://twitter.com/JournoDannyAsia/status/442495115911630848/photo/1