Isnin, 3 Mac 2014

Isnin, Mac 03, 2014
Gambar Kemalangan Pertama di Jambatan Kedua Pulau Pinang | Jambatan kedua Pulau Pinang telah dibuka secara rasminya pada 1 Mac 2014 yang disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan disaksikan lebih 10,000 orang.


Jambatan berkenaan dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Apa yang menariknya, baru sehari ianya dibuka, kemalangan jalan raya pertama sudah berlaku pada tengahari 1 Mac 2014 yang membabitkan kereta Proton Waja dan sebuah lori.

Bagaimanapun, kesemua mangsa kemalangan tidak mengalami kecederaan teruk dan berada dalam keadaan stabil.




sumber
http://plbgaimacam.blogspot.com/2014/03/gambar-kemalangan-pertama-di-jambatan.html