Khamis, 13 Mac 2014

Khamis, Mac 13, 2014
Lelaki Uighur Di Siasat Berhubung Kehilangan MH370 | Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya.

Lelaki Uighur Di Siasat Berhubung Kehilangan MH370

Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain.

“Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya.


Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki.

Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/SiasatlelakiUighur/Article?BeritaUtama



0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.