Ahad, 9 Mac 2014

Ahad, Mac 09, 2014
Misteri 2 Penumpang Dalam MH370 | Misteri dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 pagi semalam masih sedang disiasat secara lanjut, kata Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Misteri 2 Penumpang Dalam MH370

Beliau yang dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi pesawat hilang itu berkata: "Mengenai dua penumpang misteri, kita masih lakukan siasatan lanjut. Jangan buat sebarang spekulasi ketika ini. Ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

"Sebarang perkembangan terkini akan dilaporkan dalam sidang media seterusnya pada jam 11 pagi ini," katanya pada sidang akhbar di sini, pagi tadi.

Penggunaan identiti mereka oleh dua penumpang MH370 menimbulkan persoalan sama ada kehilangan pesawat berkenaan ada unsur jenayah.

Menurut Kementerian Luar Itali, warganya Luigi Maraldi, 37, yang disenaraikan sebagai penumpang MH370 seperti dikeluarkan oleh MAS, pagi semalam, tidak berada di dalam pesawat berkenaan.

Manakala rakyat Austria, Christan Kozel mengesahkan kepada akhbar Austria, De Standard, bahawa beliau berada dalam keadaan selamat

Sementara itu, katanya, siasatan mengenai kehilangan pesawat MH370 dilakukan daripada segenap aspek.

Kedua-dua pasport penumpang misteri tersebut dilaporkan hilang dicuri ketika mereka bercuti di Thailand sekitar tahun 2011 dan 2012.

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 ini mirip kepada kejadian yang menimpa pesawat Perancis pada tahun

Misteri 2 Penumpang Dalam MH370


sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Misteriduapenumpangsedangdisiasatsecaralanjut-Azharuddin/Article/?bh