Khamis, 6 Mac 2014

Khamis, Mac 06, 2014
Padah Terlibat Dengan Dadah, Wanita Maut Di Tembak |  Nyawa seorang wanita berakhir apabila sebutir peluru menembusi kepala. Itulah padah yang diterima apabila terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek.

Padah Terlibat Dengan Dadah, Wanita Maut Di Tembak

Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaian namun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.

“Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.

“Mangsa tidak terbabit sepenuh masa dalam aktiviti pengedaran dadah, tetapi hanya mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupannya bersama anak kecil,” katanya.



sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Sindikethantarpembunuh//Article?BeritaUtama