Jumaat, 7 Mac 2014

Jumaat, Mac 07, 2014
Pandangan Rabecca Nur Al Islam Tentang Kes Hanez Suraya | Nampaknya kisah pergolakan antara pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha dan Liyana Manan tidak akan berakhir dengan mudah.


Setiap orang mempunyai penilaian sendiri mengenai perkara ini walaupun secara jelasnya Hanez lebih banyak menerima kritikan kerana bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang.

Terkini, bersikap untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, pelakon Rabecca Nur Al-Islam turut menyuarakan pendapatnya berkenaan kes tersebut.


Dalam status yang dimuatnaik menerusi laman Instagram peribadinya itu, pelakon ini nampaknya menyatakan pendapat dengan lebih rasional dan meminta agar semua pihak memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Status yang bertindak seakan-akan agen pendamai ini dilihat memberikan impak yang agak positif apabila ramai peminat turut bersetuju dengan kenyataanya itu. Apapun, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka semua dan semoga perang dingin ini bakal berakhir dengan aman.



sumber
http://kisahbest.my/2014/03/isu-cinta-suami-orang-apa-kata-rabecca-nur-al-islam/