Isnin, 10 Mac 2014

Isnin, Mac 10, 2014
Serpihan Pintu Pesawat Petunjuk Terbaru Kes Kehilangan MH370? | Bermula dengan tumpahan minyak dan gambar serpihan yang dirakam oleh seorang penumpang penerbangan ke Beijing, klu yang dicari pasukan penyelamat semakin bertambah dengan tersiarnya satu lagi gambar terkini dipercayai serpihan pesawat kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.

Serpihan Pintu Pesawat Petunjuk Terbaru Kes Kehilangan MH370?

Serpihan tersebut dianggar sebagai sebahagian dari ekor pesawat dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan yang disiarkan oleh pihak berkuasa Vietnam siang tadi (Ahad).

Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing oleh pesawat pasukan pencari dari Singapura.

Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.

Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu apabila akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara tersebut bagi mengkaji penemuan beberapa objek-objek berkenaan.

Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.

Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga.




sumber
http://mynewshub.my/2014/03/09/bukti-bukti-jelas-termasuk-gambar-mula-wujud-memperlihatkan-mh370-mungkin-terhempas-di-wilayah-laut-selatan-vietnam/


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.