Jumaat, 14 Mac 2014

Jumaat, Mac 14, 2014
US Gerak Pesawat Canggih, P8-A Poseidon Bantu Kesan MH370 | Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

US Gerak Pesawat Canggih, P8-A Poseidon Bantu Kesan MH370

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu  terbang pada  ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.


Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. - Bernama



sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/tentera-laut-as-gerakkan-pesawat-p-8a-poseidon-1.259968


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.