Sabtu, 12 April 2014

Sabtu, April 12, 2014
1
[8 Gambar] 3 Maut, Bas Ekspress Transnasional 2 Tingkat Terbalik di Bentong | Tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.

[5 Gambar] 3 Maut, Bas Ekspress Transnasional 2 Tingkat Terbalik di Bentong

Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia, Mohamad Mohamud Abdalla, 31.


Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan, Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd. Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd. Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.


Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd. Shanif, 20, Norzamera Abd. Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata, mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.


Tambahnya, sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.

"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Bharu.


"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama. - Bernama

Update dr Fanpage Jabatan Bomba Malaysia




Artikel Berkait



sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm 
http://ihtmalaysia.blogspot.com/2014/04/gambar-kemalangan-ngeri-bas-di-jalan.html


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.