Rabu, 9 April 2014

Rabu, April 09, 2014
6 Nota Terakhir Altantuya Sebelum Di Bunuh? | Berikut dakwaan sebuah laman web mengatakan Altantuya telah meninggalkan 6 nota sebelum dibunuh. Antaranya menyebut beliau berkali-kali diganggu oleh seseorang yang disebut sebagai Abdul Razak Abdullah. Ikuti knenyataan lman web ini dibawah...
6 Nota Terakhir Altantuya Sebelum Di Bunuh?

Sebelum Altantuya dibunuh, beliau ada meninggalkan enam nota yang ditulis tangannya sendiri dan salah satu daripadanya menceritakan pengalaman getirnya diganggu berkali-kali dan mendakwa telah diancam bunuh oleh penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda. Nota-nota tersebut telah ditemui oleh sepupu Altantuya iaitu;Burmaa Oyunchimeg semasa dia mengemas barangan milik sepupunya di Hotel Malaya antara pukul 9 malam dan 10 malam pada 20 Nov 2006.

Satu sampul surat serta tiga memo tulisan tangan Altantuya, ada yang mengandungi ugutan terhadap Abdul Razak, sekeping kertas dengan tulisan Altantuya mempunyai tandatangannya “Amina” serta satu nota meminta Abdul Razak supaya menelefonnya (Altantuya) telah diserahkan kepada mahkamah.

Burmaa berkata beliau telah menemui nota yang dijadikan barang kes itu telah ditulis dalam Bahasa Inggeris di kedua-dua halaman di atas sekeping kertas berkepala surat Hotel Malaya, di ruang depan sebuah beg putih jenis Guess, dipercayai milik Altantuya. Beliau memberitahu mahkamah bahawa sepupunya menulis di dalam nota itu bahawa Abdul Razak cuba membunuhnya.

Antara isi kandungan nota yang telah dibaca oleh Burmaa di Mahkamah “Kepada semua, kerajaan Malaysia atau polis, atau Kedutaan Mongolia, atau akhbar. Nama saya ialah Shaariibuu Altantuya. Saya datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan teman lelaki saya Encik Razak Abdullah Baginda. Beliau telah berkahwin dan tinggal dengan anak perempuannya Roweena dan isteri serta ibu bapanya di Damansara Height, Jalan Setia Jaya 22.

Pejabatnya terletak di Jalan Ampang. Ya, saya telah mengunjungi rumah dan pejabat beliau kerana saya perlu menemuinya. Ya, saya telah meminta wang daripada beliau tetapi saya ada sebab.

“Saya seorang yang baik, saya tidak akan mencederakan sesiapa tetapi Encik A. Razak Baginda merupakan seorang yang berpengaruh. Beliau mempunyai wang. Beliau mempunyai hubungan dengan polis, dalam kerajaan. Beliau cuba menakutkan saya, cuba membunuh saya.

“Beliau menghantar dua lelaki India orang upahannya untuk mengekori saya, seorang daripada mereka ialah Suraj (K. Suras) Kumar, dia datang ke bilik hotel saya setiap pagi sekitar pukul 5 pagi dan mengetuk pintu, cuba menakutkan saya.

“Mereka telah mengekori saya selama empat hingga lima hari. Malahan pekerja di hotel saya menginap, juga tahu. Ketika itu saya amat takut, saya berdepan dengan masalah sekarang.

“Encik Razak Baginda berjanji akan menolong saya semasa saya di Mongolia. Disebabkan inilah saya datang untuk menemui beliau dan mendapatkan bantuan. Tetapi beliau cuba membunuh saya dan lelaki India itu memberitahu saya bahawa mereka mempunyai hubungan dengan polis, jadi mereka akan memasukkan saya ke penjara.

“Ya, saya salah kerana mengganggu beliau, untuk memeras ugut beliau, tetapi jika beliau tidak membuat janji dengan saya, saya tidak akan datang dari jauh untuk ke Malaysia, satu-satunya sebab saya ke sini ialah saya mahu meminta tolong daripada Encik Razak.”

“Saya mengupah P.I., penyiasat persendirian Encik Poh. Tetapi hari ini beliau memberitahu saya bahawa lelaki India itu akan membunuh dan mencampakkan saya keluar tingkap. Dan sebelum saya menulis surat ini, saya akan membunuh diri kerana saya tiada pilihan, katanya mereka mempunyai surat saya jadi mereka akan bunuh saya dan akan mengatakan yang saya membunuh diri.”

Nota kedua Altantuya
“Jika awak mengutamakan wang daripada nyawa, tak apalah. Harap awak pentingkan nyawa Roweena lebih daripada wang. Baik awak cepat Razak.

Nota ketiga Altantuya hanya tertera tarikh dan nama Abdul Razak:
Tarikh: 9/11/06
Encik Abdullah Razak Baginda

Nota keempat Altantuya
Saya kira, saya periksa dan pergi, awak suka begitu OK. Dan jangan cuba tipu saya, kawan-kawan awak, peguam awak tidak dapat menolong awak. Hari ini hari Isnin, jika awak hantar sekarang, semuanya akan OK. Jadi macam mana awak rasa sekarang? Panas, panas badan? Belum lagi?

Nota kelima Altantuya
Apa khabar Encik Razak! Bapa saya hantar saya. Tolong hubungi saya pagi esok melalui nombor ini 017 3992411. Seorang (anak perempuan). Saya ada sesuatu, ia asap (as soon as possible). Bapa saya yang minta saya.

Nota keenam Altantuya
Razak. Jangan main-main ok. Saya nampak pagi ini dan semalam juga. Saya akan ceritakan di pejabat awak di luar atau awak telefon sekarang atau……(menurut Burmaa beliau tidak faham tulisan selepas itu). Atau saya datang ke rumah awak hari ini. Amina.

Pada sampul surat itu Altantuya menulis:

MSRC

Mr Razak Baginda

Burmaa memberitahu mahkamah bahawa beliau kemudian menyerahkan semua nota itu kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu.Sebelum itu, Burmaa yang juga dikenali sebagai Amy berkata beliau boleh mengenali dan biasa dengan tulisan serta tandatangan Altantuya.

Manoj : Bagaimana biasanya Altantuya menulis tandatangannya?

Burmaa: Beliau selalu tulis Amina.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam J. Kuldeep Singh yang mewakili Sirul Azhar Umar, Burmaa berkata beliau berjumpa dengan Altantuya pada 2006 semasa beliau berada di Mongolia sehingga Julai dan selepas itu pada Ogos beliau berjumpa dengan Altantuya di Hong Kong.

“Saya berada di Mongolia sehingga Julai dan kemudian saya terbang ke Hong Kong. Selepas 11 hari saya kembali ke Mongolia dan berjumpa dengan Altantuya setiap hari,” katanya.

Kuldeep Singh: Setuju bahawa kamu tidak banyak melihat tulisan tangan Altantuya?

Burmaa : Ya

Kuldeep Singh: Setuju yang kamu tidak biasa dengan tulisan tangan Altantuya?

Burmaa: Saya tidak setuju. Saya memiliki barang yang ditulis kepada saya, jadi saya mengenalinya.”

Burmaa juga berkata beliau menyimpan beberapa surat yang ditulis Altantuya termasuk dua sajak, sekeping kad uacapan Krismas dan sekeping gambar hari lahir dengan tulisan Bahasa Inggeris di belakangnya.

Sebuah sajak itu diterima pada 2003, sajak kedua pada 2005, kada ucapan pada Disember 2005, gambar hari lahir pada 18 Feb 2006 dan saya masih mempunyai gambar hari lahir itu dengan saya.

Kuldeep Singh: Dokumen ini (selain nota yang ditemui dalam beg Altantuya), kamu setuju bahawa ia ditunjukkan kepada kamu buat pertama kali di mahkamah hari ini untuk mengecam tulisan tangan itu.

Burmaa: Ya

Kuldeep Singh: Setuju kamu tiada peluang untuk membandingkan dokumen ini dengan contoh tulisan tangan Altantuya yang lain?

Burmaa: Ya, saya setuju.

Kuldeep Singh: Setuju bahawa pendapat kamu salah mengenai dokumen ini dan barang kes adalah semuanya tulisan Altantuya?.

Burmaa: Saya tidak setuju.

Kuldeep Singh: Jika kamu lihat pada permulaan surat itu (nota pertama), kamu setuju bahawa surat itu mungkin ditulis oleh orang lain?

Burmaa: Tidak, saya tidak setuju. Di situ telah tertulis nama Razak sebagai teman lelaki.

Burmaa juga memberitahu bahawa beliau, Uuriintuya Gal Ochir dan Namiraa Gerelmaa membuka beg Altantuya paad 20 Nov dan menemui surat itu kerana mereka mahu menyerahkan semuanya kepada bapa Altantuya

Kuldeep Singh: Semasa kamu membuka beg itu pada 20 Nov, adakah kamu menemui sebarang barang kemas di dalamnya?

Burmaa: Ya. Saya jumpa anting-anting Christian Dior.

Kuldeep Singh: Barang kemas lain selain itu?

Burmaa: Di ruang depan beg bersama surat itu terdapat seutas rantai hitam.

Di kandang tertuduh dalam perbicaraan ini ialah Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas, yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Abdul Razak, 46, dituduh bersubahat dengan kedua-dua anggota polis itu di Wilayah Persekutuan di antara 9.54 pagi, 18 Okt 2006 dan 9.45 malam, 19 Okt 2006.Namun pada 31 Oktober 2008, kesnya di dapati “prima facie” dan beliau telah dilepaskan dan dibebaskan. Ketiga-tiga mereka menghadapi hukuman mati jika disabitkan dalam kes tersebut.


#Wallahualam.....Pas ni kalau PKR naik pegang kerajaan, harap harap ada yang berani buat filem pasal kes ni..tapi ubah ubah la sikit...Jadikan fiksyen macam yang hollywood biasa buat…kekeke

sumber
http://infoklasik.com/nota-sebelum-altantuya-dibunuh/


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.