Rabu, 9 April 2014

Rabu, April 09, 2014
Al Fatihah~ Jeremy Little Meninggal Dunia di Mekah | Mungkin ramai yang kurang mengenali anak muda ini, Jeremy Litte. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Jeremy Little, 31, dilaporkan meninggal dunia di Mekah awal pagi semalam.

Al Fatihah~ Jeremy Little Meninggal Dunia di Mekah

Pengesahan berita kematian arwah dibuat oleh Mufti Ismail Menk menerusi laman Twitter dan Facebook beliau. Dalam pada itu, Mufti Ismail Menk turut mendedahkan bahawa arwah Jeremy Little semasa hayatnya merupakan seorang penghidap kanser dan beliau merupakan seorang belia Islam Malaysia yang cekal serta beramal dengan caranya tersendiri.
A close friend and brother, Jeremy Little of Malaysia has just passed away in the Holy Land of Makkah Al Mukarramah whilst on a trip to Umrah.

What a blessed place to pass away for a very young man who printed and distributed thousands of my CDs free of charge every year.

May Allah Almighty grant him the loftiest ranks of Paradise and grant patience to his family and friends. Aameenri. 

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham Jeremy sempat memuat naik sekeping gambar di laman Instagram peribadi miliknya dengan menulis:

"Beautiful Technology in a magical place..SubhanAllah”.


Sepanjang hayatnya, Allahyarham Jeremy pernah menerbitkan filem Kil bersama dua lagi sahabatnya, Nik Amir dan Rewan Ishak, lakonan Redza Minhat and Cristina Suzanne. Allahyarham Jeremy juga sebelum ini pernah bergelar DJ dan aktif membantu mempromosikan kumpulan indie tempatan.





sumber
http://instagram.com/littlejermz
http://www.astroawani.com/news/show/jeremy-meninggal-dunia-di-mekah-ucapan-takziah-hujani-twitter-33537


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.