Ahad, 6 April 2014

Ahad, April 06, 2014
Tahniah, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa | Tahniah diucapkan kepada pelakon Ashraf Muslim yang telah bergelar bapa apabila isterinya selamat menimang cahaya mata pertama, malam tadi.

Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa

Melalui laman instagramnya, isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkongsi berita gembira itu dan menyatakan kesyukuran.

“ALLAHUAKBAR... Salam Subuh semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51 kilogram secara normal. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu dan anak sihat,” tulisnya.


Dalam pada itu, Sakinah dilihat sempat menulis kata-kata semangat kepada isteri pertama Ashraf, Noor Dayana Lokman.


“Assalamualaikum sayang. Selamat datang ke bumi ALLAH. Awak ada dua ibu tau. Kami sayang kamu Dayana!!

“Tahniah B (Ashraf)!! Awak dah jadi ayah,” tulisnya. Ashraf dan Sakinah berkahwin pada 7 Julai tahun lalu di Thailand.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ashraf-muslim-timang-cahaya-mata-pertama-1.267672


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.