Khamis, 10 April 2014

Khamis, April 10, 2014
1
Elfira Loy Berhabis RM20,000 Gara-Gara Shopping di India | Elfira Loy tidak lokek berbelanja sehingga mencecah kira-kira  RM20,000 untuk membeli pelbagai fabrik mewah dan produk kecantikan ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini.

Elfira Loy Berhabis RM20,000 Gara-Gara Shopping di India

Menurut Elfira, minatnya terhadap kecantikan menyebabkan dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan berjumlah ribuan ringgit bagi membeli sesuatu produk mengikut cita rasa dan penampilannya.

"Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang.

"Jadi apabila berpeluang ke India, pastinya kain sari adalah sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai 'lehenga' berharga kira-kira RM4,000,"

Tambah Elfira perbelanjaannya itu sangat berbaloi jika dia mahu mendapatkan fabrik dari kualiti yang sama dalam pasaran tempatan.


"Kalau di Malaysia harga sepasang 'lehenga' kira-kira RM7,000. Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas," katanya.

Terang Elfira, 'lehenga' merupakan gaun labuh yang dihiasi sulaman tangan merupakan pakaian tradisional wanita India khususnya ketika menyambut perayaan.

Turut serta bersama Elfira ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus.


Mengulas mengenai kunjungannya ke Kochi dan Kerala, Elfira berkata dia teruja melihat sendiri aktiviti menangkap ikan secara tradisional menggunakan 'pukat Cina'.

"Ini pengalaman yang paling seronok ketika di Kochi. Bukan sahaja dapat melihat sendiri gaya hidup masyarakat setempat, malah saya dan adik-adik berpeluang mencuba menangkap ikan menggunakan pukat itu," katanya.

Selain itu pengalaman menaiki 'rumah bot' menyusuri kawasan tasik berlatarbelakangkan kawasan perkampungan penduduk tempatan merupakan pengalaman istimewa yang tidak pernah dirasai.

"Walaupun perjalanan untuk ke destinasi itu mengambil masa yang lama, namun pakej yang disediakan termasuk makan tengahari di dalam bot cukup untuk saya melupakan seketika jadual kerja yang padat selama ini," katanya.

"Dalam kesibukan kerja, bukan mudah untuk kami sekeluarga meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/04/10/elfira-berhabis-di-india/


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.