Isnin, 7 April 2014

Isnin, April 07, 2014
Guru Silat Ajar Silat SESAT di Sekolah, Pertikai, Pijak & Bakar Al Quran | Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah sesat dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Guru Silat Ajar Silat SESAT di Sekolah, Pertikai, Pijak & Bakar Al Quran

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.

Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Pencaksilatsesat//Article?BeritaUtama


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.