Sabtu, 26 April 2014

Sabtu, April 26, 2014
Isteri Bantu Polis Kesan Suami Menerusi Mimpi | Misteri kehilangan seorang lelaki yang hilang sejak 24 Mac lalu terungkai selepas isterinya memberi maklumat yang diperolehi melalui mimpi kepada polis Madhya Pradesh.

Isteri Bantu Polis Kesan Suami Menerusi Mimpi
Gambar Hiasan
Chhotelal Sen, 65, dari Kashipura keluar rumah untuk melakukan ritual Hindu pada hari berkenaan, tetapi tidak pulang selepas itu.

Selepas puas mencari, isterinya, Gauri Bai membuat laporan kehilangan itu di balai polis Matguan 10 hari kemudian.

Selepas puas mencari, isterinya, Gauri Bai membuat laporan polis 10 hari kemudian, namun pihak berkuasa gagal menemui lelaki terbabit walaupun memeriksa beberapa lokasi.

Beberapa hari lalu, Gauri bermimpi suaminya mati dibunuh dan mayat berkenaan dicampak ke dalam sebuah perigi di Kashipura yang terletak di daerah Chhatarpur.

Gauri kemudian menceritakan mimpi berkenaan kepada polis dan pihak berkuasa kemudian menggunakan maklumat berkenaan untuk menyiasat.

Tidak lama kemudian polis menjumpai mayat Chhotelal yang sudah reput dari sebuah perigi di pinggir kampung itu.

Sementara itu, pegawai polis Kashipura, Superintendan Lalit Shakyavar berkata, mereka terkejut apabila Gauri mendapat alamat melalui mimpi.

“Kes ini sedang dalam siasatan,” katanya. - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Mimpitemukanlelakihilang/Article


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.