Khamis, 24 April 2014

Khamis, April 24, 2014
1
Juliza Adlizan Bertudung Bukan Kerana Fesyen | Juliza Adzlizan memberitahu media keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini.

Juliza Adlizan Bertudung Bukan Kerana Fesyen

Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.

"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.

"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya.

Juliza mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu Selasa lalu dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.

"Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia.

"Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," katanya yang mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan.

Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Juliza Adlizan Bertudung

Dalam pada itu, tambah Juliza, sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang.

 Katanya, dia kini banyak membeli baju yang besar seperti baju kurung dan jubah yang senang untuk dipakai.

"Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai.

"Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana," katanya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/04/24/juliza-adzlizan-bertudung/


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.