Rabu, 9 April 2014

Rabu, April 09, 2014
Khalwat: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Di Perintah Bela Diri | Mahkamah Tinggi Syariah di Georgetown, memerintahkan seorang hakim mahkamah tinggi syariah dan pasangannya membela diri dalam perbicaraan kes khalwat yang diadakan secara tertutup, semalam.

Khalwat: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Di Perintah Bela Diri
Adam Tumiran dan pasangannya berlalu keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah. 
Hakim Zaim Mat Yudin menyatakan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Tumiran, 47, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 37, sebelum menetapkan 14 hingga 16 Mei depan bagi kedua-duanya mengemukakan hujah membela diri.

Pasangan berkenaan diwakili peguam bela Ahmad Munawir Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof manakala pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwaraya Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.

Pada 2012, Mahkamah Rendah Syariah membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan berkhalwat di kediaman kakitangan kerajaan di Jalan Masjid Negeri di sini, pada 5 Disember 2010, selepas Hakim Syariah Othman Ibrahim berpuas hati dengan kesahihan dokumen perkahwinan pasangan berkenaan.

Namun berikutan rayuan daripada pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes berkenaan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Syariah.


sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hakimdidakwaberkhalwat/Article/index_html


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.