Rabu, 23 April 2014

Rabu, April 23, 2014
Nelydia Akui Babak Lakonan Dengan Sharnaaz Keterlaluan | Nelydia Senrose mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz dirasakan agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu memberikan lakonan yang terbaik.

Nelydia AKui Babak Lakonan Dengan Sharnaaz Keterlaluan

Selain itu menurutnya, dia hanya memenuhi tuntutan watak sepertimana yang tertulis dalam novel asalnya.

"Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel. Kami dah berikan lakonan yang terbaik", katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Bermula episod pertama lagi, Sharnaaz dilihat kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar.

Nelydia AKui Babak Lakonan Dengan Sharnaaz Keterlaluan

Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.

Dalam pada itu, tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja 'menayangkan' momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Nelydia AKui Babak Lakonan Dengan Sharnaaz Keterlaluan

Kata Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton.

#Untung la kalau lepas ni semua pengarah nak ikut betul2 apa yg skrip/novel tu tulis...

sumber
http://www.malaysiandigest.com/hiburan/498238-nelydia-akui-adegan-intim-bersama-sharnaaz-dalam-bkatc-keterlaluan.html


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.