Ahad, 6 April 2014

Ahad, April 06, 2014
Penerjun Norway Nyaris Maut di Langgar Meteor | Seorang penerjun bebas Norway bukan sahaja berjaya merakam detik luar biasa tentang pergerakan meteor jatuh ke bumi tetapi turut bernasib baik kerana tidak terbunuh dilanggar batu tersebut.

Penerjun Norway Nyaris Maut di Langgar Meteor

Video pergerakan meteor dari jarak dekat yang pertama di dunia itu dirakam oleh Anders Helstrup secara tidak sengaja ketika melakukan terjunan bebas.

Menurut seorang ahli geologi Hans Amundsen, video yang dikeluarkan menerusi saluran berita Norway itu merupakan rakaman pertama di dunia mengenai batu meteor yang sedang jatuh ke bumi.


"Ia bukan benda lain lagi. Bentuknya mirip meteor, pada satu bahagian ia seperti telah pecah dan sebelah lagi bulat dan masih elok," katanya.

Helstrup merakam video tersebut ketika membuat terjunan bebas bersama Kelab Payung Terjun Oslo berdekatan Lapangan Terbang Østre Æra di Norway.

Norwegian Skydiver Almost Gets Hit by Falling Meteor

Semasa Helstrup membuat terjunan dari pesawat, meteor tersebut dikesan lalu dengan jarak beberapa kaki disebelahnya dengan kelajuan 300 batu sejam.

"Saya perasaan ada sesuatu selepas terjun dari pesawat, tetapi saya tidak tahu apakah ia," kata Helstrup.

Penerjun Norway Nyaris Maut di Langgar Meteor

Amundsen yang merupakan kakitangan NASA memberitahu, pihaknya percaya batu tersebut adalah sebahagian daripada meteor besar yang telah pecah ketika jatuh ke bumi.





sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/04/04/meteor-jatuh/
http://www.dailymail.co.uk/


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.