Jumaat, 25 April 2014

Jumaat, April 25, 2014
1
Pengacara Stesen Al Hijrah, Amin Cerita Detik Di Tipu & Di Ugut | “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

Pengacara Stesen Al Hijrah, Amin Cerita Detik Di Tipu & Di Ugut

“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.

Amin Idris, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.

“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.

Sedikit Biodata Amin Idris

  • AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan.
  • Perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris Training Consultant
  • Penulis buku
  • Pengacara televisyen
  • Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Penerima Sijil Iktiraf TAMRIN Basic Training
  • Ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) – Sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai oleh pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.


Pendidikan

  • Lulusan pengajian Undang-undang (LL.B Hons) di Universiti Islam Antarabangsa kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama.


Pencapaian

  • CEO merangkap Prinsipal Trainer di Amin Idris Training Consultant
  • Penulis buku. Menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa, PDA Mesyuarat Berkesan dan Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya
  • Penyampai Motivasi dan Pengacara Rancangan Bual Bicara di TV al-Hijrah
  • Penulis skrip untuk TV Pendidikan
  • Pengacara sambilan di rancangan-rancangan TV Pendidikan di TV9
  • Pengacara sambilan di RTM 1 (antaranya ialah Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 & 2009, Majlis Tilawah al-Qur’an Kebangsaan 2008& 2009 dan Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa tahun 2008 & 2009)
  • Menyampaikan klip motivasi Bahasa Inggeris di radio Traxx.fm (frekuensi 90.3)
  • Penyampai Motivasi Pagi di Radio IKIM.Fm.
  • Menjadi tetamu bualbicara di Radio 24 (frekuensi 93.9)


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014042504492320140425044923//Article?BeritaUtama


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.