Khamis, 24 April 2014

Khamis, April 24, 2014
1
Penumpang Firefly Cemas Pesawat Terkena Air Pocket | Bagi yang kerap naik kapal terbang, mungkin ada dikalangan anda pernah merasai suasana "air pocket". Satu suasana yang pastinya tidak menyenangkan dan menakutkan.

Penumpang Firefly Cemas Pesawat Terkena Air Pocket

Terkini satu status menakutkan itu telah dikongsi seseorang dari laman facebook dan kini ia giat berkisar dilaman web dan media sosial lain. Menurut seorang penulis,

"Pada pandangan aku, ini situasi biasa dalam penerbangan terutamanya semasa melalui cuaca buruk. Ia dinamakan 'Air Pocket' dimana ia boleh berlaku dalam mana-mana penerbangan apatah lagi membabitkan pesawat kecil seperti Fireflyz.

"Dalam bahasa mudahnya turbulence.. terjadi sebab kapal terbang tu against the power of atmosphere."

Apapun kenyataannya, itulah suasana yang telah dialami oleh seorang lelaki yang bersyukur kerana diberi peluang kedua olehNYA apabila keadaan cemas itu dapat diatasi selama setengah jam,

Penumpang Firefly Cemas Pesawat Terkena Air Pocket

Bagi yang kerap mencari/google dilaman internet, pasti anda akan berjumpa beberapa lagi insiden air pocket yang boleh berlaku kepada mana-mana pesawat diseluruh dunia.

Kami kongsikan beberapa contoh huru haranya keadaan bila pesawat terkena air pocket seperti gambar dibawah (yang dialami oleh penerbangan SIA.)


Juga beberapa foto yang pernah dialami oleh penerbangan Emirate Air ketika dalam penerbangan dari Dubai ke Kochi, Pakistan yang keadaannya agak teruk sehingga bumbung/syiling pesawat juga mengalami kerosakan.


Apapun, insyaallah dengan kemampuan juruterbang dan pengalaman krew pesawat....biasanya keadaan ini dapat diatasi oleh mereka. Jangan pula ada yang rasa takut nak naik kapalterbang lepas ni yerr....hehehe.

sumber
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=799756&extra=page%3D1
http://www.historyofpia.com/forums/viewtopic.php?f=5&t=17353


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.