Isnin, 7 April 2014

Isnin, April 07, 2014
Pesawat MH370 Menyusuri Utara Indonesia Elak Di Kesan Radar | Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Pesawat MH370 Menyusuri Utara Indonesia Elak Di Kesan Radar

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia.

Tambahnya, pesawat itu mungkin dengan sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Sebelum ini, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya.


Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-dipercayai-terbang-menyusuri-pinggir-ruang-udara-indonesia-bagi-elak-dikesan-33331


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.