Jumaat, 11 April 2014

Jumaat, April 11, 2014
1
Pil Maut Buat Wanita Hamil Luar Nikah | Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.

Pil Maut Buat Wanita Hamil Luar Nikah

Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.

Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.

“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Piltambahdosa//Article?BeritaUtama


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.