Ahad, 20 April 2014

Ahad, April 20, 2014
Raja Bomoh Buat Ritual di Lokasi Kemalangan Karpal Singh | Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara Selatan telah mencatat satu lagi sejarah hitam pada awal pagi 17 April 2014 lalu berdekatan dengan Gua Tempurung, Kampar, Perak.

Raja Bomoh Buat Ritual di Lokasi Kemalangan Karpal Singh

Peguam dan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh maut setelah kenderaan dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori pada jam 1.00 pagi di kilometer tersebut.

Terkini, Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin dilaporkan telah datang ke lokasi kemalangan dan melakukan satu ritual disana.

Terdapat laporan mengatakan Ibrahim Mat Zin melakukan "pembersihan roh" dikawasan tersebut untuk mengelakkan roh disana terus menggangu pengguna lebuhraya terutamanya bila waktu malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Dikatakan Raja Bomoh tersebut datang dan melakukan ritual secara sukarela tanpa diminta oleh mana-mana pihak.


sumber
http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/19/raja-bomoh-ke-lokasi-nahas-karpal/


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.