Rabu, 9 April 2014

Rabu, April 09, 2014
"Saya Tetap Akan Pilih MAS"- Richard Quest (Koresponden CNN) | Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tetap menjadi pilihan kepada Koresponden CNN dan pakar penerbangan, Richard Quest.

"Saya Tetap Akan Pilih MAS"- Richard Quest (Koresponden CNN)

Quest berkata biarpun MAS dihimpit episod duka dengan kisah kehilangan penerbangan MH370, beliau tetap yakin dengan keupayaan syarikat penerbangan tersebut.

Katanya, isu keselamatan tidak langsung timbul malah MAS merupakan antara syarikat penerbangan terbaik dan keupayaannya tidak diragui.

"Tentunya saya akan terus terbang dengan MAS. Jika esok saya diperlukan menaiki pesawat MAS Boeing 777, saya akan menaikinya.

"Tiada isu keselamatan dengan MAS, tidak ada bezanya MAS dengan syarikat penerbangan lain di dunia," katanya ketika dihubungi Agenda AWANI Khas malam tadi.

Quest juga menjelaskan apa yang berlaku terhadap MAS dengan kehilangan MH370, boleh juga menimpa syarikat penerbangan lain.

Di sisi lain

Untuk info, Ricard Quest sempat menemuramah pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).

Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah 'meth'. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!

Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai 'PAKAR AVIASI' dan memberi liputan/analisis secara terperinci  mengenai MH370.

Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/mas-tetap-pilihan-saya-richard-quest-33487


0 comments:

Catat Komen

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.