Khamis, 10 April 2014

Khamis, April 10, 2014
1
Sidek Hussein Sah Hidap Kanser | Selepas 30 tahun lamanya menanggung derita ketumbuhan di pipinya, pelakon veteran Sidek Hussain disahkan menghidap penyakit kanser.

Sidek Hussein Sah Hidap Kanser

Berita itu ternyata mengejutkan aktor berusia 63 tahun hingga mencetuskan kebimbangan terhadap kos rawatan yang mencecah puluhan ribu ringgit yang harus ditanggungnya.

Sidek yang kini ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur sejak 30 Mac lalu berkata, beliau sendiri tidak pasti tahap kronik penyakitnya.

Namun yang pasti, akuinya, tubuh badannya kini semakin tidak bermaya dan lemah termasuk tidak lalu makan.

"Tahap berapa dan jenis kanser yang dihadapi saya hanya akan diketahui dalam masa dua minggu lagi, " katanya dengan nada tersekat-sekat dengan suara yang perlahan ketika dihubungi semalam.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.