Selasa, 8 April 2014

Selasa, April 08, 2014
Video: Kemalangan Maut Dua Beranak di Sungai Durian | Seorang suami tidak menyangka permintaan isterinya untuk pulang ke kampung berakhir tragedi apabila isteri dan anak perempuannya maut terlibat dalam satu kemalangan pada Sabtu lalu.

Video: Kemalangan Maut Dua Beranak di Sungai Durian

Muhammad Syafie Tumiran, 30, berkata, isterinya, Nurzuraiyanie Habil, 30, telah meminta izin untuk pulang ke kampung di Seri Manjung untuk menziarahi ibu mertuanya.

“Ketika itu saya sedang bekerja dan dia menelefon memberitahu mahu pulang ke Seri Manjung bersama dua anak. Pada mulanya saya agak keberatan untuk membenarkannya pulang dan dalam nada bergurau saya mengatakan tidak boleh namun saya tetap mengizinkannya.

“Memang sudah menjadi kebiasaannya isteri dan anak-anak untuk pulang sendiri jika saya tidak dapat menemani mereka,” katanya ketika ditemui di rumah ibu mertuanya di Seri Manjung di sini semalam.

Muhammad Syafie berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan kedua-dua arwah seminggu yang lalu kerana dia tinggal sendiri memandangkan dia kini menjalani latihan amali di Bangsar.

“Saya masih lagi belajar di Politeknik Arau dan jarang-jarang dapat berjumpa dengan anak-anak dan isteri yang tinggal di Bangi. Namun begitu, seminggu sebelum kejadian, arwah isteri kelihatan lebih suka bergurau, begitu juga dengan anak perempuan yang suka bersama saya.

“Anak perempuan saya juga tidak banyak ragam seperti sebelum ini dan amat rapat dengan saya. Memang saya tidak menyangka itu adalah petanda terakhir yang menunjukkan mereka bakal meninggalkan saya dan seorang lagi anak lelaki kami,” katanya.

Nurzuraiyanie dan anaknya Iman Nur Qurratunnisa, setahun tiga bulan, yang dalam perjalanan dari rumahnya di Bangi menuju ke Seri Manjung, maut apabila kereta yang dipandu Nurzuraiyanie yang dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah Sitiawan ke Teluk Intan.

Dalam kejadian itu, seorang lagi anaknya Muhammad Iman Qashrin, 5, terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Muhammad Syafie berkata, Muhammad Iman kini demam pada waktu malam disebabkan kejadian itu.

“Dia masih memerlukan rawatan susulan dua bulan sekali,” katanya.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Zuhairol, 32, berkata, arwah adiknya yang mengusahakan sebuah taska di Bangi sering berulang-alik ke Seri Manjung.

“Itu adalah rutin mingguan arwah pulang menjenguk ibu kami di Seri Manjung. Namun kami tidak menyangka ia akan berakhir begini namun kami reda menerima ketentuan Ilahi,” katanya.


# Innalillahi wai'nailai hiroji'un...Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...Mari sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat mangsa. Berhati2 semasa memandu..ingat org tersayang.




sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/permintaan-isteri-berakhir-tragedi-1.268319


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.