Selasa, 20 Mei 2014

Selasa, Mei 20, 2014
1
[8 Gambar] Calon Bebas PRK Bukit Gelugor "BERLAKON" Tergolek Depan Kereta Guan Eng | Lakonan calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan yang merebahkan badan dengan melanggar kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, jam 2 petang tadi membuatkan kesesakan trafik selama hampir 30 minit.

[8 Gambar] Calon Bebas PRK Bukit Gelugor "BERLAKON" Tergolek Depan Kereta Guan Eng

Selain itu, dia yang cuba 'mencipta' kemalangan terbabit menarik perhatian orang ramai dan petugas media apabila dilihat tergolek di bawah kereta berkenaan.



Bagaimanapun, tindakannya itu membuatkan dia ditertawakan orang ramai yang hanya melihat aksinya itu tanpa memberikan sebarang bantuan.


Difahamkan, Abu Backer berbuat demikian bagi mendapatkan perhatian media selepas kebanyakan agensi media yang beroperasi di negeri ini termasuk media arus perdana sudah memutuskan untuk memulaunya kerana gagal memberikan kerjasama dengan baik dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.


Dia yang berpura-pura 'cedera parah' kemudian dibawa menaiki ambulan dan keadaan di hadapan bangunan DUN kembali tenang selepas itu.


Pembantu Abu Backer memberitahu satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu.


Sebelum ini, Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau telah membuat permohonan bertulis di Komtar sejak minggu lalu.

[8 Gambar] Calon Bebas PRK Bukit Gelugor "BERLAKON" Tergolek Depan Kereta Guan Eng

Beliau turut tidak berpuas hati kerana diberikan layanan ‘double standard’ sedangkan lawannya calon DAP Ramkarpal Singh dibenarkan memasuki DUN.


” Saya hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN. Ini tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?


“DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa Ketua Menteri saya?” kata beliau sebelum menahan kereta Guan Eng.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/TergolekalaBollywood/Article?mutakhir
UtaraNews
MStar


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.