Rabu, 14 Mei 2014

Rabu, Mei 14, 2014
Datuk Terlajak Laris Di Rompak 2 Pembantu Rumah Indonesia | Dua pembantu rumah yang cukup dipercayai  pengasas rangkaian produk kosmetik D’Herbs Healthy Sdn. Bhd (D’Herbs) telah bertindak melarikan wang tunai dan barang kemas milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, dan isterinya di kediaman mereka di Kota Damansara, semalam.

Datuk Terlajak Laris Di Rompak 2 Pembantu Rumah Indonesia

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, dia menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.

Tidak sedap hati apabila panggilannya tidak berjawab, dia segera masuk ke bilik mereka dan mendapati semua barangan sudah tiada.

perompak rumah datuk terlajak laris

Menerusi akaun Instagramnya, dia turut memuatnaik gambar dua pembantu rumah tersebut, menerusi kapsyennya,

"Awas Perhatian 2 wanita indonesia ini bahaya beliau adalah pembantu rumah saya yang baru sahaja lari dan mencuri brg2 beharga dirumah saya.. jika terserempak dgn mereka berdua sila tangkap dan hantar kebalai polis atau hubungi no tel 0123545766 dan tolong sebarkan gambar wanita indonesia yg lari ini.. beliau masih berlegar2 dikawasan selangor.. bantuan anda amat dihargai.. "


Dalam pada itu, Aliff juga menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya....

“Ya allah semoga 2 org maid yg lari dan mncuri ini ditemukan dan diambil tindakan segera..terima kasih yg tidak trhingga kpd smua rakan2 yg mngambil berat yg tolong share kan pic maid lari dan mencuri ini di intgrm atau di fb anda ..bagi membantu saya menjejaki maid sekaligus dpt mngurangkan jenayah di malaysia..”

Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.

"“Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana sebelum ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Datuk Terlajak Laris Di Rompak 2 Pembantu Rumah Indonesia
klik gambar utk besarkan saiz
Ahli perniagaan itu turut menasihatkan mana-mana ejen pembantu rumah supaya berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing sebelum me­nyerahkannya kepada majikan.

Dalam pada itu, tindakan segelintir manusia yang memberikan komen bersifat negatif berikutan kejadian rompakan dua pembantu rumah tersebut turut diselar ramai pengikut Datuk Aliff Syukri..

sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140513/je_03/Pengasas-DHerbs-disamun-dua-pembantu-rumah


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.