Rabu, 14 Mei 2014

Rabu, Mei 14, 2014
Gadis Tendang, Belasah Peragut Hingga Lembik | Gadis perkasa. Mungkin itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak, semalam.

Gadis Tendang, Belasah Peragut Hingga Lembik

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya.

“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya.

Suspek yang berusia 27 tahun kemudiannya ditahan oleh orang ramai selepas cubaan meragutnya berjaya digagalkan si gadis semalam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Tendanganterbangsidara//Article?BeritaUtama


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.