Jumaat, 23 Mei 2014

Jumaat, Mei 23, 2014
Peminat Marah Hafiz Dedah Gambar Kekasih | Macam-macam ragam peminat ni yer. Terkini, Hafiz Suip terkejut apabila beberapa peminatnya dilaporkan marah kepadanya selepas foto kekasihnya di keluarkan di laman Instagram minggu lalu.

Peminat Marah Hafiz Dedah Gambar Kekasih

Menurut Hafiz, dia tidak menyangka peminatnya akan memberikan respons sedemikian tetapi berasa lega kerana tidak lagi perlu menyembunyikan rahsia perihal pasangan cintanya yang dikenali sebagai Fy itu.

"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yang kini saya sudah berpunya.

"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham. Takkanlah saya tidak boleh ada kekasih semata-mata ingin menjaga hati orang," selorohnya.


Minggu lalu, teka-teki mengenai siapakah kekasih Hafiz terjawab dia  berkongsi fotonya bersama wanita itu dengan kapsyen ‘happy birthday to my love’ bagi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran wanita berkenaan.

Dalam pada itu Hafiz berkata, tujuan dia mendedahkan foto tersebut kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi rasa bahagia perhubungan cintanya yang sudah terjalin selama lima bulan itu.

"Dulu saya terfikir, jika mendedahkan hal percintaan saya, mungkin ia akan menggugat karier dan peminat tidak akan suka saya lagi.

"Tetapi bila fikir balik, buat apa perlu sorok benda baik. Tetapi saya tidak akan memberitahu secara terperinci mengenai Fy.

"Apa yang saya boleh katakan, Fy merupakan pelajar jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia juga merupakan saudara jauh saya," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/05/23/peminat-marah-hafiz-suip/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.