Selasa, 20 Mei 2014

Selasa, Mei 20, 2014
"Siapa Makan Cili, Dia Yang Terasa Pedas" - Neelofa | "Apa yang saya sampaikan melalui ruangan nota saya ialah bersifat umum melalui penelitian saya sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan tanah air. Saya juga membuat penulisan tersebut secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Bagi saya, biarlah pembaca menilai daripada perspektif mereka sendiri. Saya tidak berniat langsung untuk menyindir dan menyakitkan hati sesiapa.

"Siapa Makan Cili, Dia Yang Terasa Pedas" - Neelofa

Itulah kata Neelofa setelah ditebak wartawan berkaitan isu notanya yang menimbulkan kontroversi di sebuah akhbar tempatan.

"Saya diberi tugas untuk menulis. Jadi, saya hanya meluahkan pendapat saya berhubung sesuatu isu. Biarlah ada yang membenci dan membuat penilaian mereka sendiri, itu adalah hak mereka. Saya enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana ia mungkin akan menyebabkan isu ini berpanjangan."


Baru-baru ini melalui kolumnya itu, Neelofa telah menegur sikap segelintir artis yang terlalu terbuka meluahkan pendapat mereka melalui media sosial. Walaupun penulisannya itu bersifat umum, namun ia telah membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Tampil untuk menjelaskannya, Neelofa kelihatan tenang menjawab isu tersebut sambil menyifatkan ia hanya cetusan rasanya terhadap industri hiburan tanah air.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.