Khamis, 22 Mei 2014

Khamis, Mei 22, 2014
2
Tegar Akui Pernah di Tipu Pengurus Sendiri | Tegar, penyanyi cilik dari Indonesia yang pernah hidup miskin mendedahkan beliau pernah ditipu oleh bekas pengurusnya sendiri setelah bergelar artis.

Tegar Akui Pernah di Tipu Pengurus Sendiri

Menurut Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13,  keadaan bertambah buruk apabila dia tidak dapat merasai wangnya sendiri selain hanya diberi makan tauhu dan tempe.

"Sumber kewangan saya disekat. Malah saya diberi makan tauhu dan tempe sahaja seperti ketika saya mula-mula menjadi penyanyi jalanan dahulu.

"Malah, saya tidak dapat membeli apa-apa benda yang diinginkan kerana bekas pengurus itu tidak memberikan kepada saya. Kononnya mahu saya berjimat dan sentiasa ingat asal usul. Tetapi wang hasil titik peluh saya, semua dia ambil.

"Mujurlah saya bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu saya lari daripada bekas pengurus tersebut," katanya.

Sementara itu, pengurus barunya yang bernama Arif Dollah berkata, selepas mendapat tahu mengenai masalah Tegar, dia telah 'melarikan' penyanyi itu ke Bandung selama seminggu dan kemudian meminta Tegar untuk dilepaskan.

"Selepas membaca semula kontrak Tegar, ia didapati tidak sah dan hal tersebut membuatkan masalah itu lebih mudah diselesaikan.

"Dua bulan lalu, saya larikan Tegar ke Bandung sehinggalah pengurus itu membuat keputusan untuk tidak menguruskannya lagi.

"Dan sekarang ini, barulah Tegar dapat merasa wang hasil daripada titik peluhnya dengan membeli sebanyak dua buah motosikal KTN Motorcross selain membeli beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya," kata Arif.

Malah Tegar juga membeli tiga gitar akustik dan tiga buah lagi ukulele untuk digunakan ketika membuat persembahan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/05/22/tegar-kena-tipu-pengurus/


2 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.