Selasa, 20 Mei 2014

Selasa, Mei 20, 2014
1
AWAS: Tembakan RAMBANG Di Ipoh KINI Semakin Menjadi-Jadi | Seorang pengguna Facebook telah memberi peringatan kepada orang yang berada di Ipoh agar berwaspada dengan satu kejadian yang baru terjadi terhadap dirinya semalam.

Tembakan RAMBANG Di Ipoh Semakin Menjadi-Jadi

Semalam, ketika mangsa sedang memandu melalui premis 7-Eleven di Jalan Pasir Puteh, mangsa mendengar satu hentakan padu pada bahagian pintu pemandu.

Keesokan harinya, dia mendapati ada sebuah lubang di bahagian pintu pemandu yang dipercayai menjadi punca terhasilnya bunyi itu pada hari kejadian.

Lubang tersebut dipercayai kesan dari tembakan Air Gun atau BB Gun yang kini mudah didapati secara online di media sosial.

Kawan kepada mangsa juga turut mengadu bahawa dia juga mengalami nasib yang sama di kawasan yang sama. Lebih malangnya, rakan mangsa itu ditembak 3 kali dengan air gun yang menggunakan peluru besi ketika sedang menunggu lampu isyarat.

Akibatnya, rakannya itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami. Rakannya juga membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Menurut doktor, ianya boleh mengakibatkan kecederaan yang serius jika ditembak dari jarak yang dekat.

Pihak polis setakat ini telah menerima sebanyak 5 laporan mengenai aduan tembakan rambang yang menyasarkan kereta dan motosikal di kawasan Pengkalan dan Menglembu.

Antara 5 kejadian yang dilaporkan itu, seorang mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian jari dan memerlukan pembedahan lanjut kerana sebahagian tulang jarinya retak. Manakala dalam kes berasingan, telinga salah seorang mangsa juga tembus ditembak dengan air gun

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/05/awas-tembakan-rambang-di-ipoh-perak-5.html


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.