Khamis, 19 Jun 2014

Khamis, Jun 19, 2014
[14 Gambar] Bas Causeway Link Rempuh Kereta & Motor | Tiga cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti dengan enam kenderaan termasuk sebuah motosikal di Kilometer 16.1 berdekatan Plaza Tol Batu Tiga pagi tadi.


[15 Gambar] Bas Causeway Link Rempuh Kereta & Motor

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, bas yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Klang ke Kuala Lumpur dikatakan cuba mengelak sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum berlanggar dengan Proton Persona dan satu lagi Perodua Myvi dari arah yang sama.

[15 Gambar] Bas Causeway Link Rempuh Kereta & Motor

Bas itu kemudian dikatakan telah merempuh besi penghadang jalan dan melanggar dua buah lagi kereta dari arah bertentangan.

Gambar] Bas Causeway Link Rempuh Kereta & Motor

Bas tersebut turut merempuh satu lagi pembahagi jalan berhampiran lorong motosikal dan melanggar sebuah motosikal sebelum akhirnya terbabas di kawasan berumput berdekatan.

Bas Causeway Link Rempuh Kereta & Motor

Tiga yang cedera parah masing-masing adalah penumpang bas, penunggang motosikal dan pemandu kereta Proton Wira.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga dua kilometer bagi kedua-dua arah plaza tol tersebut.












[15 Gambar] Bas Causeway Link Rempuh Kereta & Motor





sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.