Sabtu, 7 Jun 2014

Sabtu, Jun 07, 2014
1
Adam Akui Kenal Shiela Amzah Sejak 2011 | Sejak Shiela Amzah dikatakan bercinta (belum secara rasmi) dengan jejaka bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013, Adam Tun Tuah. Pihak media cuba mendapatkan komen dari mulut jejaka tersebut sendiri. Antaranya ialah portal Gua,

Adam Akui Kenal Shiela Amzah Sejak 2011

"Saya minta maaf sebab tak boleh nak komen lanjut. Saya telah dinasihatkan oleh pihak pengurusan Shila untuk tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media," ulas Adam ringkas ketika ditemui baru-baru ini.


Biarpun beliau sedaya-upaya cuba mengelak untuk tidak menjawab setiap soalan yang di ajukan, Adam akhirnya mengakui dia sudah lama mengenali Shila iaitu semenjak tahun 2011 lagi. Jelas Adam perkenalan bermula apabila dia sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab peminat Shila.


"Saya memang berkawan dengan dia ketika ini. Saya kenal dia dari tahun 2011. Mula-mula jumpa masa sertai aktiviti kelab peminat dia. Itu sahaja yang saya boleh komen," ujar Adam menamatkan perbualan.


sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Adam_Akui_Berkawan_Dengan_Shila_Amzah_Dari_2011.html




1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.