Isnin, 16 Jun 2014

Isnin, Jun 16, 2014
Awie Sedih Di Tuduh Gengster Pukul Isteri | "Saya sedih apabila orang kata saya gengster yang memukul isteri sendiri. Itu bukan saya," kata Awie dengan nada kesal.

Awie Sedih Di Tuduh Gengster Pukul Isteri

Mengakui semakin kerap diuji dengan dugaan, semakin luas rezeki yang diberikan oleh-Nya kata Awie, dia bersyukur apabila kini dilantik menjadi duta rangkaian produk Longjack bagi minuman tenaga dan produk kesihatan.

"“Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kesabaran saya dibalas dengan rezeki lain," kata Awie.

Mengakui sebagai suami isteri adakalanya berlaku perselisihan faham antara mereka namun katanya, situasi yang sama turut berlaku pada pasangan suami isteri yang lain.

Menggunakan perumpamaan sedangkan lidah lagi tergigit, kata Awie, dia hanya mampu membiarkan masyarakat membuat spekulasi.

"“Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang baik orang tak nampak tapi kalau yang buruk, mudah-mudah saja buat cerita," katanya yang mengakui hubungannya dengan isteri baik-baik saja.


sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140615/hi_03/Yang-pukul-isteri-itu-bukan-saya


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.