Sabtu, 21 Jun 2014

Sabtu, Jun 21, 2014
4
Budak OKU Di Kurung Ibu Sampai Kering | Sangat sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) lingkungan usia 5 tahun ditemui dalam keadaan menderita dikurung sehingga kurus kering didalam sebuah rumah di Flat Semarak, Nilai, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Budak OKU Di Kurung Ibu Sampai Kering

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.


Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dikurungsampaikering/Article


4 comments:

  1. kesian kat dia
    napa mak dia dah tak sayang dia ke!!!
    maaf!!
    napa dah tak kesian kat dia ke napa dari awal tak hantar dia kat jkm

    BalasPadam
  2. kesian kat dia
    napa mak dia dah tak sayang dia ke!!!
    maaf!!
    napa dah tak kesian kat dia ke napa dari awal tak hantar dia kat jkm

    BalasPadam
  3. Sedih sngt de jgak ibu yg snggup biarkn ank trbiar mcm tu...nmpk sngt diabaikn...

    BalasPadam
  4. Kasihan ..

    Peringatan pada diriku .. Semoga allah peliharalah aku, anak ku dan keluargaku dari segala musibah seperti ini .. dan jauhkan daku dari menjadi seorang ibu yang tiada peri kemanusian lagi terhadap anak yang dikandungnya sendiri ..

    Amat perit rasanya hati bila melihat anak dilakukan seperti ini..

    Insaflah wahai ibu .. kenapalah hati mu sekejam ini ..

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.